Saturday, October 31, 2009

Perbezaan Kelah Malaysia dan Kelah Indonesia


Kelah Malaysia yang bersaiz 6inci

Saban hari, ramai penjual anak benih Kelah menyatakan bahawa mereka menjual Kelah yang asalnya dari Malaysia. Walhal mereka telah menipu dengan menjual Kelah yang kurang berkualiti dari indonesia. Apa yang saya tahu bahawa Kelah Malaysia mempunyai stok yang begitu kritikal sedangkan Kelah indonesia saya dapati stoknya tidak pernah habis. Saya amat begitu kecewa kerana ada yang cuba mengambil kesempatan terhadap penternak baru yang masih tidak dapat tahu membezakan perbezaan ikan ini. Cuma apa yang saya tahu bahawa Kelah indonesia sebenarnya jauh lebih murah dari Kelah Malaysia iaitu diantara rm6 pada saiz 3 hingga 5 inci. Di sini saya ingin berkongsi contoh beberapa sampel gambar Kelah indonesia.


contoh anak benih Kelah Indonesia yang hampir sama dengan Kelah Malaysia


jika dilihat muncungnya agak begitu pendek. Kelah Indonesia juga mempunyai seperti 'humpback' atau bonggol di atas belakang kepalanya.


pandangan atas yang jelas menampakkan muncungnya yang pendek seperti tengas. Kelah Indonesia akan nampak sangat cerah jika berada dalam air. Badannya menjadi seakan-akan 'transparent'.

Senarai harga bg ikan Kelah Merah Malaysia


ikan Kelah Merah



harga adalah bentuk rundingan dan mengikut keadaan semasa

Untuk membuat tempahan bolehlah menghubungi di talian ini: 017-9223210(helin)
Tempahan ikan perlu dibuat 3 hari sebelum penghataran ke destinasi.
Caj penghantaran akan dikenakan dalam bentuk duit minyak, tol pergi dan balik.
Manakala tempahan yang melebihi 100 ekor tidak akan dikenakan caj penghantaran.

Thursday, October 22, 2009

MALAYSIAN MAHSEER OR KELAH






Malaysian Mahseer atau lebih dikenali sebagai ikan Kelah di kalangan rakyat malaysia sememangnya sudah diketahui umum tentang keistimewaanya. Secara umumnya, ikan Kelah mempunyai pelbagai spicis mengikut mukabumi setempat. Ini bermakna ikan Kelah yang terdapat di Malaysia berbeza dengan Kelah Indonesia atau Thailand. Di sini saya akan terangkan beberapa perbezaan yang terdapat pada ikan Kelah yang akan dibandingkan dengan Kelah Indonesia. Di sini saya ingin mempamerkan beberapa koleksi gambar tatapun untuk melihat sendiri bagaimana rupa bentuk ikan Kelah yang terdapat di Malaysia.


anak benih Kelah yang bersaiz 4inci hingga 5inci


Kelah yang bersaiz 1 kaki ke atas


Kelah oren dan merah yg bersaiz 2 kaki




aksi seekor Kelah bermain sambil memutar badannya di atas air


pandangan sisi ikan Kelah Merah bersaiz 6inci