Selamat datang kepada semua peminat ikan Kelah Malaysia. Portal yang memberi serba sedikit info tentang ikan Kelah yang hanya terdapat di Malaysia. Kami juga membekal semua jenis gred kelah merah yang terdapat di malaysia. Dan kami telah menambah beberapa produk haiwan exotic baru seperti ayam, burung, dan pelbagai lagi.. Sila hubungi no berikut untuk maklumat lanjut:>> 012-2374520
Saturday, October 31, 2009
Perbezaan Kelah Malaysia dan Kelah Indonesia
Kelah Malaysia yang bersaiz 6inci
Saban hari, ramai penjual anak benih Kelah menyatakan bahawa mereka menjual Kelah yang asalnya dari Malaysia. Walhal mereka telah menipu dengan menjual Kelah yang kurang berkualiti dari indonesia. Apa yang saya tahu bahawa Kelah Malaysia mempunyai stok yang begitu kritikal sedangkan Kelah indonesia saya dapati stoknya tidak pernah habis. Saya amat begitu kecewa kerana ada yang cuba mengambil kesempatan terhadap penternak baru yang masih tidak dapat tahu membezakan perbezaan ikan ini. Cuma apa yang saya tahu bahawa Kelah indonesia sebenarnya jauh lebih murah dari Kelah Malaysia iaitu diantara rm6 pada saiz 3 hingga 5 inci. Di sini saya ingin berkongsi contoh beberapa sampel gambar Kelah indonesia.
contoh anak benih Kelah Indonesia yang hampir sama dengan Kelah Malaysia
jika dilihat muncungnya agak begitu pendek. Kelah Indonesia juga mempunyai seperti 'humpback' atau bonggol di atas belakang kepalanya.
pandangan atas yang jelas menampakkan muncungnya yang pendek seperti tengas. Kelah Indonesia akan nampak sangat cerah jika berada dalam air. Badannya menjadi seakan-akan 'transparent'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Mr Hellin,
ReplyDeleteI am currently doing research on Kelah. I've seen and differentiate kelah from Indonesia and Malaysia. Base on your explanation, I dont think that is the best way to classified kelah. Since kelah deformity rate is quite high, around 20%-30% of hatched kelah are deformed. This is utmost common among kelah breeder. Hope this will enlighten you.
Best regards
Fadhil Syukri