Selamat datang kepada semua peminat ikan Kelah Malaysia. Portal yang memberi serba sedikit info tentang ikan Kelah yang hanya terdapat di Malaysia. Kami juga membekal semua jenis gred kelah merah yang terdapat di malaysia. Dan kami telah menambah beberapa produk haiwan exotic baru seperti ayam, burung, dan pelbagai lagi.. Sila hubungi no berikut untuk maklumat lanjut:>> 012-2374520
Wednesday, July 28, 2010
Tuesday, July 27, 2010
Friday, July 23, 2010
T-shirt kelah dari Bro Apen
Salam kepada semua peminat kelah.. kali ni lain skit ceritanya. Sedang seronok search google, tiba2 terjumpa satu blog yg buat t-shirt bermotifkan ikan kelah. Menarik juga tgk t-shirtnye.. saya x perlu cerita byk2 klu berminat boleh hubungi bro Apen: 012-6308726 atau rujuk trus ke blog beliau http://www.kelah-t-shirt.blogspot.com/ dan web flickr http://www.flickr.com/photos/apenapendi .... selamat membeli t-shirt kelah dari kelahmalaysia
Tuesday, July 20, 2010
kelah merah bara terengganu
Tuesday, July 13, 2010
Kelah Bara Bunga!!
Salam 1 malaysia kepada semua pemancing2, penternak2, dan peminat2 ikan kelah!! kali ini saya ingin menunjukkan seekor specis ikan kelah yg paling jarang ditemui... saya x banyak info tentang ikan ini tetapi dari gambarajah di bawah menunjukkan bahwa ikan ini cukup hebat skali dari segi kombinasi warna dan susunan sisiknya. Jika dilihat pd muncungnya, ikan ini mempunyai bibir yang tebal dan juga muncung yg tajam... bagi sesiapa yg berminat ingin mengetahui lanjut tentang ikan ini.. atau... ingin memilikinya bolehlah hubungi direct ke saya.... anda boleh la klik pada gambar utk view gambar lebih besar.


Tuesday, July 6, 2010
Senarai baru bagi harga ikan kelah merah bara kelantan
Gambar2 tersebut adalah ehsan dari pembekal ikan kelah merah bara dari kelantan. Disini saya ingin menyatakan bahawa gambaran ikan2 tersebut adalah 93% sama daripada yg asal.

saiz 7 inci
ikan kelah merah
perbezaan kelah merah biasa dengan kelah merah bara
boleh la hubungi saya terus utk maklumat lanjut atau ingin membuat tempahan.
-caj penghantaran akan dikenakan
-harga berubah mengikut masa
-minimum tempahan 5ekor(bg sekitar selangor shj)
-sebarang rundingan harga akan dipertimbangkan jika oder melebihi 50ekor
-utk makluman anda harga saya rasanya adalah termurah di sekitar selangor setanding dgn kualiti ikan yg saya berikan... jika ada termurah lg dari saya bolehlah anda maklumkan pd saya...
anda juga boleh wish sekiranya ada sebarang permintaan2 lain seperti khidmat nasihat atau apa2 pon yg sewaktu denganya...
no utk dihubungi: 0179223210-cekgu helin
Monday, July 5, 2010
Ikan Kelah Merah Bara AAA
salam kepada semua peminat kelah... baru2 ini aku menerima tempahan ikan kelah dari seorang kawan yg memang bergiat dalam bidang akuatik arowana.. ikan2 nya memamng cukup hebat n tip top.... kualiti di tahap AAA.. so satu hari tu dia mesej kat aku... bertanya kan ikan kelah bara... aku ckp ada... kemudian dia emailkan gambar ikan tersebut...
.jpg)
korang tgk lah... betapa merah nye ikan die... ikan kelah merah bara yg dtg dr sungai tembat...baru la aku sedar yg ikan merah bara aku tu pon x la bara sgt... tp bleh diklasifikasikan sebagai bara sebab nk boleh jumpe ikan merah mcm red chili bukan main susah lg.... dah mcm carik bijih emas plk....
pastu korang tgk plk muke tuan die plk....
hahaha... suke aku kejap tgk muka dia... janggut hardcore senyum lebar menandakan dia puas memiliki kelah merah bara AAA. Aku pon tumpang seronok tgk dia...mintak2 die x marah aku psl aku post gambar die ni... bukan pe sj nk bgtau kat org lain yg ikan yg die dpt mmg hebat!!! so skrg aku sedang bergiat menjejaki ikan ni... selepas ni klu aku dpt aku akan publish sebyak gambar yg mungkin utk tatapan semua peminat ikan kelah... berehhhhh...
Saturday, October 31, 2009
Perbezaan Kelah Malaysia dan Kelah Indonesia
Kelah Malaysia yang bersaiz 6inci
Saban hari, ramai penjual anak benih Kelah menyatakan bahawa mereka menjual Kelah yang asalnya dari Malaysia. Walhal mereka telah menipu dengan menjual Kelah yang kurang berkualiti dari indonesia. Apa yang saya tahu bahawa Kelah Malaysia mempunyai stok yang begitu kritikal sedangkan Kelah indonesia saya dapati stoknya tidak pernah habis. Saya amat begitu kecewa kerana ada yang cuba mengambil kesempatan terhadap penternak baru yang masih tidak dapat tahu membezakan perbezaan ikan ini. Cuma apa yang saya tahu bahawa Kelah indonesia sebenarnya jauh lebih murah dari Kelah Malaysia iaitu diantara rm6 pada saiz 3 hingga 5 inci. Di sini saya ingin berkongsi contoh beberapa sampel gambar Kelah indonesia.

contoh anak benih Kelah Indonesia yang hampir sama dengan Kelah Malaysia
jika dilihat muncungnya agak begitu pendek. Kelah Indonesia juga mempunyai seperti 'humpback' atau bonggol di atas belakang kepalanya.
pandangan atas yang jelas menampakkan muncungnya yang pendek seperti tengas. Kelah Indonesia akan nampak sangat cerah jika berada dalam air. Badannya menjadi seakan-akan 'transparent'.
Senarai harga bg ikan Kelah Merah Malaysia
ikan Kelah Merah
harga adalah bentuk rundingan dan mengikut keadaan semasa
Untuk membuat tempahan bolehlah menghubungi di talian ini: 017-9223210(helin)
Tempahan ikan perlu dibuat 3 hari sebelum penghataran ke destinasi.
Caj penghantaran akan dikenakan dalam bentuk duit minyak, tol pergi dan balik.
Manakala tempahan yang melebihi 100 ekor tidak akan dikenakan caj penghantaran.
Thursday, October 22, 2009
MALAYSIAN MAHSEER OR KELAH
Malaysian Mahseer atau lebih dikenali sebagai ikan Kelah di kalangan rakyat malaysia sememangnya sudah diketahui umum tentang keistimewaanya. Secara umumnya, ikan Kelah mempunyai pelbagai spicis mengikut mukabumi setempat. Ini bermakna ikan Kelah yang terdapat di Malaysia berbeza dengan Kelah Indonesia atau Thailand. Di sini saya akan terangkan beberapa perbezaan yang terdapat pada ikan Kelah yang akan dibandingkan dengan Kelah Indonesia. Di sini saya ingin mempamerkan beberapa koleksi gambar tatapun untuk melihat sendiri bagaimana rupa bentuk ikan Kelah yang terdapat di Malaysia.

anak benih Kelah yang bersaiz 4inci hingga 5inci
Kelah yang bersaiz 1 kaki ke atas

Kelah oren dan merah yg bersaiz 2 kaki


aksi seekor Kelah bermain sambil memutar badannya di atas air
pandangan sisi ikan Kelah Merah bersaiz 6inci
Subscribe to:
Posts (Atom)
















.bmp)